Wednesday, June 12, 2013

Umrah



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Bagi diri kecil ini, hanyalah lafaz syukur yang mampu diungkap saat kaki dapat melangkah di Tanah Suci Mekah. Terkenang dosa-dosa lepas, terbit rasa menggigil dalam diri. Mungkin ada hikmahnya aku mampu lagi melangkah dan mencongak hari.

Ini saja dapat aku kongsikan mengenai pengalaman ke Tanah Suci Mekah dan Kota Madinah. Setulusnya, baru aku sedar betapa kerdil dan hinanya diri ini.


   Di laluan hadapan Maqam Rasulallah s.a.w. di Masjid Nabawi.
Perkuburan Baqi' di Madinah.Penghuni perkuburan ini adalah yang pertama dibangkitkan di akhirat nanti. Selepas itu barulah dibangkitkan penghuni Janatul Maala di Makkah.
Al-Haram

Laluan ke Masjidil Haram. Pembinaan kiri dan kanan.